ani_globe.gif (25224 bytes)
   JBA 0073, SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SULONG,
   83500 PT. SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.
 
 

~~~~~~~~~~~~~~KATA ALU-ALUAN~~~~~~~~~~~~~



 

Assalamualaikum w.b.k dan selamat sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Sekolah Kebangsaan Parit Sulong.

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya jua maka kami di Sekolah Kebangsaan Parit Sulong ( SKPS ) dapat menghasilkan home page sekolah kami sebagai menyahut usaha Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat ( PPD ) untuk merealisasikan perlaksanaan home page sepenuhnya bagi sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat ini mulai 01. 01. 1999.

Saya berharap melalui home page ini, tuan / puan akan dapat mengenali Sekolah Kebangsaan Parit Sulong dengan lebih dekat lagi.

Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat yang telah berusaha menjadikan sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat ini antara yang terawal melaksanakan konsep ‘ Siber School’ di negara kita.

Akhir sekali, saya mendoakan agar dengan adanya usaha-usaha seperti ini, akan membantu kita menuju ke arah wawasan pendidikan negara ke arah pendidikan bertaraf dunia.

Sekian, terima kasih.
 
 

HJ. ABU BAKAR BIN M. DON
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Parit Sulong.
 
 








ke menu utama||piagam||sejarah||upsr