tajuksej..gif (13002 bytes) __________________________________________________________               Tatkala negara sedang dijajah oleh Ingeris, seorang anak watan yang bernama Penghulu Md Saat
bin Kitam ( Penghulu Simpang Kiri ) memandang jauh ke hadapan tentang nasib anak bangsanya yang rata-rata buta huruf khasnya di kawasan Parit Sulong. Dengan kesedaran ini maka pada tahun 1930, beliau telah mengembling tenaga anak-anak buahnya untuk mendirikan sebuah bangsal berukuran 30 kaki panjang dan 20 kaki lebar yang dapat menampung lebih kurang 60 orang murid serta dua orang tenaga pengajar.

        Guru yang pertama merangkap Guru Besar ialah Cikgu Mahdan bin Gadang, lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) dan seorang guru pelatih bernama Cikgu Pelani. Sekolah Kebangsaan Parit Sulong ( lelaki ) ketika itu diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Muar. Guru pelawatnya ialah Mr. Maamin dan Mr. Alias.

        Sumbangan terhadap bangsa bukan sekadar buah fikiran dan tenaga, malah beliau sangup pula mewakafkan tanahnya seluas lebih kurang dua ekar untuk tujuan murni ini. Tanah ini terletak berhampiran Sungai Senangar.

        Kejayaan awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Parit Sulong telah menambat hati serta keyakinan lebih ramai ibubapa kawasan sekitar untuk menghantar anak-anak mereka ke ke sekolah. Oleh yang demikian, untuk menampung jumlah pelajar yang bertambah maka bangunan sekolah ini terpaksa dibesarkan lagi dan sekaligus dapat menempatkan pelajar-pelajar hingga ke darjah IV.

        Selain dari Penghulu Md. Saat yang berusaha mengasaskan sekolah ini, terdapat juga beberapa orang anak tempatan yang turut menyumbangkan buah fikiran, tenaga , masa dan harta benda. Di antaranyanya ialah YM Raja Haji Bagong, Naib Penghulu Gedang bin Puasa, Naib Penghulu Sulong bin Mohammad, Naib Penghulu Mian bin Sulong, Naib Penghulu Latim bin Midi dan beberapa orang yang lain.

        Sekolah Kebangsaan Parit Sulong maju setapak lagi dimana pada tahun 1935, sebuah bangunan baru ( bangunan batu ) telah dibina. Bangunan sepanjang 90 kaki panjang dan 25 kaki lebar ini menempatkan tiga bilik darjah. Bangunan bersejarah itu kini dijadikan Dewan Sekolah. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Cikgu Mahmod. Seterusnya pada tahun 1935, Cikgu Muhamad bin Hasbulah dilantik menjadi Guru Besar sehinga meletusnya Perang Dunia Kedua.

        Sebenarnya, perkembangan SKPS agak aneh jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain. Ini kerana, selain dari SKPS ( lelaki ) terdapat juga beberapa buah sekolah yang dibina di dalam kawasan yang sama.

Sekolah-sekolah tersebut ialah :

  1. Sekolah Keb. Parit Sulong ( lelaki )
  2. Sek. Keb. Parit Sulong ( perempuan )
  3. Sekolah Kebangsaan Seri Tambahan
  4. Sekolah Kebangsaan Seri Putih
  5. Sekolah Kebangsaan Kangkar Merlimau

        Walau bagaimanapun, pada tahun 1962, semua sekolah ini telah disatukan pentadbirannya dan dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Parit Sulong ( SKPS ) sehingga ke hari ini.

        Pada tahun 1980, bangunan baru tiga tingkat yang panjangnya 160 kaki telah didirikan. Berdiri gagahnya bangunan ini adalah atas daya usaha Penghulu Abd. Majid bin Muhammad yang menjadi Penghulu Mukim 18 pada ketika itu bersama-sama Cikgu Abd. Karim bin Mian selaku Ketua UMNO Cawangan Parit Sulong. Mereka berdua telah mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan Yang Berbahagia Tan Seri Abd. Kadir Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan hasilnya kerajaan telah bersetuju untuk membina bangunan yang tersergam indah ini.

        Pada 7hb. September 1990, sekolah ini telah mengadakan Majlis Perasmian dan Sambutan Jubli Emas yang telah dirasmikan oleh YB Saudara Anwar bin Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia.

Dari segi fizikal, sekolah ini telah dilengkapkan dengan kemudahan seperti

Biik Guru Besar                                          Satu bilik
Bilik Guru                                                    Satu bilik
Pejabat                                                           Satu bilik
Perpustakaan /Pusat Sumber                   1 bilik
Bilik Darjah                                                 18 bilik
Kantin                                                            Sebuah
Padang Permainan                                      Sebuah
Gelanggang Badminton / S. Takraw      Satu
Setor Alat Pend. Jasmani                          Satu bilik
Dewan                                                            Sebuah
Bilik Air                                                       4 buah
Rumah Guru                                                3 buah

        Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) Sekolah Kebangsaan Parit Sulong telah ditubuhkan pada tahun 1973. Di antara Yang Dipertua PIBG yang telah dan sedang berkhidmat ialah :

  1. En. Muhammad bin Yusuf
  2. Tn. Haji Abu bin Idris
  3. YB Tuan Hj. Kamisan b. Hj. Ashaari
  4. En. Mokli bin Kasan
  5. En. Husin bin Rantau ( sekarang )

 

 

 

 

 

 

menu||ucapan||Piagam||upsr