BEKAS MURID
SK Parit Sulong

_____________________________________________________________________________________________________________
 

Nama                : Jamil Bin Sulong
No. K/P             : 5027239
Tarikh Lahir      : 06 hb. Ogos 1926
Tempat Lahir    : Parit Sulong, Batu Pahat

Bapa
* Sulong bin Muhammad, Naib Penghulu, Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat.
* Meninggal dunia pada 07hb. Ogos 1946.

Pendidikan
* Sekolah awal di Sekolah Melayu Kuala Senangar, Parit Sulong pada tahun 1934
* Pindah ke sekolah baru Parit Sulong pada tahun 1935
* Tahun 1938 masuk ke Goverment English School di Batu Pahat dalam darjah  Special Malay Class ( SMC )
* Persekolahan terhenti semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942 hingga 1945
* Masuk ke sekolah yang sama dalam Standard Seven selepas perang ( 1946 ) tetapi terpaksa berhenti kerana kematian bapa.

Pengalaman
* Selepas berhenti sekolah, tinggal di kampung, jadi penulis bebas menghantar berita, rencana, sajak, cerpen, lukisan kepada
akhbar dan majalah tempatan dan Singapura.
* Menjadi setiausaha Parti Pergerakan Melayu Semenanjung cawangan Parit Sulong dan kemudian ditukar kepada Parti UMNO.
Dalam tempoh ini, ahli UMNO cawangan Simpang Kiri Parit Sulong menjadi cawangan yang terbesar selain dari Batu Pahat.
* Menjadi AJK Pemuda UMNO bahagian Batu Pahat.
* Menyerahkan beberapa tanah kepunyaan keluarga kepada kerajaan untuk penempatan orang-orang pinggiran sewaktu darurat.
Selain itu tapak kedai, masjid dan pasar di pekan Parit Sulong sekarang adalah bekas tanah kepunyaan keluarga beliau.
* Beliau juga membenarkan sekolah serta klinik desa yang ada di Kampung Parit Gantung sekarang di dirikan di atas tanah
wakafnya.
* Menubuhkan dan menjadi ahli persuratan ASAS 50 di Singapura.
* Menubuhkan dan menjadi ahli serta setiausaha yang pertama Persatuan Persuratan Ikatan Penulis Melayu ( IPM ) di Melaka.
* Menjadi Jawatankuasa Lembaga Bahasa Melayu Singapura.
* Mula bekerja sebagai Penolong Pengarah dengan syarikat filam Shaw Brothers Malays Film Production Ltd. di Jalan Ampas
Singapura pada bulan November 1951.
* Dilantik menjadi Pengarah ( Sutradara ) filem pada bulan November 1958 dan filem pertama arahannya ialah Batu Belah Batu
Bertangkup.
* Berkahwin dengan Hjh. Rosnani pada bulan November 1953.
* Menjadi Penerbit di Filem Negara Malaysia ( Kementerian Penerangan Malaysia ) dari tahun 1968 hingga 1974.
* Menjadi ahli Cipta ( Tetamu Seni ) di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia ( USM ) Pulau Pinang dari
tahun 1981 hingga 1983.
* Menyiapkan buku "Kaca Permata" Memori Seorang Pengarah, terbitan DBP tahun 1989.
* Menerima anugerah Ahli Mangku Negara ( A.M.N ) pada tahun 1963 dan Kesatria Mangku Negara ( K.M.N ) pada tahun 1975 oleh
Yang Dipertuan Agung.
* Ahli Lembaga Akademi Filem Malaysia.
* Ketua Perunding Skrip di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional ( Finas ).
* Menubuhkan RJ Filem Sdn. Bhd. pada tahun 1987 dan menghasilkan beberapa buah filem dan drama tv.
* Menyertai beberapa festivel filem di luar negara seperti di Indonesia, Thailand, Filipina, Taipeh, Tokyo, New Delhi, Kanada dan
Tashkent Russia.
 

______________________________________________________________________________________________________________

                                           ke menu utama